Saudara Saudari Sekalian…… Allah SWT berfirman : "Wahai orang-orang beriman! Takutlah kepada Allah! Dan hendaklah tiap-tiap orang memerhatikan apa yang diusahakan besok (Hari Kiamat). Takutlah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa-apa yang kamu kerjakan". (Surah al-Hasyr : 18) Sesungguhnya malaikat, langit, bumi, siang dan malam pada Hari Kiamat mereka sebagai saksi atas apa-apa yang dilakukan oleh manusia. Baik atau buruk, taat atau maksiat. Bahkan, seluruh anggota badan akan mempersaksikannya. Bumi memberi kesaksian bagi mukmin seraya berkata "Dia telah bersolat, berpuasa, berhaji dan berjihad di atasku". Maka legalah orang mukmin itu. Bumi memberikan juga kesaksian atas orang kafir dan orang derhaka sambil berkata, "Di atasku dia telah musyrik, berzina, minum arak dan makan makanan haram". Bumi itu membantah pergelakannya ketika dihisab. Orang mukmin adalah orang yang takut kepada Allah dan seluruh anggota badannya. Sebagaimana Abul Laits telah berkata, "Tanda-tanda takut kepada Allah itu kelihatan dalam tujuh perkara iaitu" Barang siapa melakukan tujuh perkara tersebut, maka dia termasuk dalam kategori orang-orang yang dikatakan oleh Allah SWT "Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa dalam kebun-kebun dan mata air (Syurga)" (Surah al-Hijr : 45) Semoga kita sama-sama mendapat iktibar daripada coretan ini. Sekian, Wallahu a'lam. Dipetik daripada Kitab Mukashafah al-Qulub tulisan Imam Ghazali Rahimahumullah
Wednesday, March 18, 2009
TANDA-TANDA TAKUT KEPADA ALLAH SWT
Posted by Mohamad Ariffin Hj Taha
6:44 PM, under Mukashafah al-Qulub | No comments
0 Comments