Friday, March 20, 2009

TAUBAT

Posted by Mohamad Ariffin Hj Taha 7:33 AM, under | No comments

Sahabat-Sahabat Yang Dirahmati Sekalian….

Hari demi hari kita menempuh onak dan duri kehidupan yang tiada hentinya di dunia fana ini. Kita sering berhadapan dengan masalah..bebanan..dan mungkin juga kesempitan hidup. Dalam erti kata lain, seminit kita tidak akan terlepas daripada ujian dan tarbiah daripada Allah SWT. Cuma yang menjadi persoalannya…mengapa hanya bila mana kita sakit…hanya bila mana kita susah….hanya bila mana kita takut dan kecewa….hanya waktu itulah kita baru sedar untuk kembali menarik sejadah dan bersolat?...Mencari butiran-butiran tasbih untuk dihitung?...Menyelak lembaran-lembaran al-Quran untuk dibaca?...Nah! Betapa dhaifnya kita ini….Taubat…itulah perkataan ringkas yang amat besar maknanya di sisi Allah SWT…tanpanya…siapalah kita di sisi Allah SWT..adakah Allah SWT akan pandang wajah kita di akhirat kelak?... Dengan taubat inilah kesengsaraan kita akan terhapus dan digantikan dengan kegembiraan….kita lihat sedikit riwayat ini untuk dijadikan iktibar….

Seorang hakim ditanya: Apakah ada tanda bahawa taubat itu telah diterima?

Jawabnya : Ya, ada 4 tanda atau alamatnya iaitu:

1. Putus hubungan dengan kawan-kawannya yang tidak baik dan bersahabat dengan orang-orang soleh
2. Menghentikan semua maksiat dan rajin melakukan ketaatan.
3. Hilang rasa kesenangan kepada dunia pada hatinya dan selalu ingat akan kesusahan akhirat
4. Percaya kepada jaminan Allah dalam urusan rezekinya lalu menyibukkan diri menunaikan perintah Allah

Maka bila terdapat semua sifat itu maka dia termasuk dalam ayat yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah kasih pada orang yang bertaubat dan kasih pada yang suka bersuci".

Kemudian dia berhak memperolehi daripada orang lain 4 perkara iaitu:

1. Mereka cinta kepadanya kerana Allah telah cinta kepadanya
2. Mereka akan memeliharanya dan selalu mendoakannya
3. Mereka lupa terhadap dosa-dosanya yang telah lalu
4. Mereka selalu membantu dan mendekatinya

Manakala Allah akan memuliakannya dengan 4 perkara:

1. Melepaskannya dari dosa sehingga seolah-olah dia tidak pernah berdosa
2. Dia dicintai oleh Allah
3. Dia dipelihara dari gangguan syaitan.
4. Dia diamankan dari rasa takut sebelum keluar daripada dunia ini

Wallahu A'lam

Comments
0 Comments

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...